Kami menjual pelbagai jenis kasut yang diminta dan menerima tempahan dari pelanggan.
Syarikat kami beralamat
29, Jalan Medan 9, Taman Medan, Petaling Jaya
46000 Selangor
Tel03-6770278
Taraf Perniagaan : Persendirian
Pemilik : Nurul Nor Shafiza bt Muhammad Safawi
Lokasi Perniagaan : Selangor
Syarikat kasut enterprise merupakan sebuah syarikat bumiputera yang ditubuhkan pada 12/3/2011 dan beroperasi di alamat,
29, Jalan Medan 9, Taman Medan, Petaling Jaya
46000 Selangor.
Syarikat ini baru sahaja ditubuhkan dan ianya
merupakan hakmilik perkongsian kepada seorang bakal usahawan muda wanita
iaitu Cik Nurul Nor Shafiza bt Muhammad Safawi. Pemilik syarikat ini merupakan seorang graduan
Sijil Pengajian Perniagaan,Merlimau, Melaka. Seorang yang bekerja keras dan
bertanggungjawab dalam setiap perkara yang dilakukan. Lokasi
perniagaan ini terletak di kawasan tumpuan orang ramai. Ini kerana ianya terletak
di kawasan berhampiran dengan klinik kesihatan, sekolah, masjid
dan pejabat pos. Ianya juga berdekatan dengan jalan utama bagi penduduk yang terdapat di situ.
MISI SYARIKAT
- Dapat memenuhi permintaan yang tinggi terhadap pengeluaran kasut yang terbaru.
- Memberi penekanan kepada pelanggan untuk membuat permintaan kasut terbaru.
- Menjadi sebuah perniagaan yang mendapat tempat di hati pelanggan dengan menawarkan harga yang berpatutan dalam perkhidmatan dan produk yang ditawarkan.
PASARAN PERNIAGAAN
Permintaan kasut pada masa kini,boleh di katakan tinggi di kalangan wanita. Tidak
kira di bandar mahupun di luar bandar. Ini kerana pada masa kini, kebanyakan wanita membuat urusan kerja tempahan kasut dibuat secara online, kerana bagi mereka melalui online lebih mudah dan senang bagi mereka.